Pengenalan

Kenali kami dengan lebih dekat – Misi, visi, dan usaha kami dalam membantu pendidikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik.

TENTANG KAMI

Kenali visi, misi dan usaha kami dengan lebih dekat

Di sebalik setiap pencapaian, terdapat pasukan yang komited dan nilai-nilai yang kami pegang teguh. Kami percaya bahawa keterbukaan untuk berkongsi perjalanan ini bukan sahaja membina kepercayaan, malah mengeratkan hubungan bersama komuniti dan rakan strategik.

Jumlah sumbangan yang telah diterima.

Jumlah derma yang telah disalurkan.

Jumlah penerima sumbangan kami.

PENGENALAN

Sejarah Penubuhan & Perkembangan YPAH

Yayasan Pendidikan Al Hasan (YPAH) ditubuhkan dengan iltizam untuk membangunkan pendidikan Islam yang berkualiti dan menyeluruh bagi membentuk generasi yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing. Inspirasi penubuhan yayasan ini bermula daripada kesedaran akan keperluan institusi pendidikan yang memadukan ilmu duniawi dan ukhrawi dalam satu sistem yang mantap dan berkesan.

Hari ini, YPAH terus memperkukuhkan peranannya dalam memartabatkan pendidikan Islam, membentuk pelajar yang cemerlang, dan menyediakan peluang pendidikan kepada mereka yang kurang berkemampuan melalui sumbangan serta kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

Visi

Menjadi wadah pembangunan pendidikan dan kebajikan dalam membentuk masyarakat bertamadun berteraskan Islam, Sains dan Teknologi dalam mendepani cabaran perubahan zaman.

Membangun dan mengurus ekosistem kewangan, wakaf, aset dan jaringan strategik secara mampan bagi memastikan kelestarian serta pengembangan institusi di bawah Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH).

Sistem Kewangan Mampan:
Mewujudkan dan mengurus dana wakaf, infak dan pelaburan sosial secara profesional.

Sokongan Infrastruktur Pendidikan:
Menyokong pembangunan, penaiktarafan dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan di bawah PPAH.

Peningkatan Kapasiti Pendidikan: Menyediakan sokongan kewangan bagi meningkatkan kapasiti pelajar, tenaga pengajar dan program pendidikan.

Jaringan Strategik: Membangunkan kolaborasi dengan institusi, sektor korporat dan masyarakat bagi menjamin kelestarian ekosistem pendidikan.

Tadbir Urus Mampan: Memastikan semua sumber kewangan dan aset diurus secara telus, berkesan dan berorientasikan impak jangka panjang.

Struktur Institusi &
Carta Organisasi

Yayasan Pendidikan Al Hasan (YPAH) merupakan entiti filantropi dalam ekosistem Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH), yang ditubuhkan bagi menggerakkan sumber kewangan, wakaf, infak, sumbangan, serta jaringan strategik untuk menyokong kelestarian dan perkembangan pendidikan.

Pengasas & Pemegang Amanah

Pemegang Amanah

Lembaga Pengurusan

Pasukan Operasi

Keistimewaan
Yayasan Pendidikan Al Hasan

Melakar masa depan ummah melalui sokongan terhadap institusi-institusi pendidikan yang membina generasi rabbani — berpaksikan ilmu, akhlak dan kepimpinan.

KELEBIHAN

Akses Pendidikan Islam Holistik Secara Mampan

YPAH menyediakan sokongan kewangan dan sumber strategik bagi memastikan sistem pendidikan yang menggabungkan akademik, tahfiz dan nilai Islam dapat dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.

KELEBIHAN

Membuka Peluang Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

YPAH memperluas akses pendidikan berkualiti melalui pembiayaan biasiswa, wakaf dan bantuan kewangan agar pelajar berpotensi tidak terhalang oleh kekangan ekonomi.

KELEBIHAN

Memperkukuh Ekosistem Pembentukan Jati Diri Islam

YPAH menyokong pembangunan institusi dan persekitaran pendidikan yang membantu melahirkan pelajar beriman, berakhlak dan mempunyai identiti Islam yang kukuh dalam menghadapi cabaran semasa.

KELEBIHAN

Memacu Pembangunan Institusi Pendidikan Berkualiti

YPAH berperanan dalam memperkasa pembangunan dan kelestarian institusi pendidikan melalui sokongan dana, aset dan jaringan strategik bagi memastikan pertumbuhan yang stabil dan berimpak tinggi.

Galeri dan Impak Sumbangan

Sumbangan yang ikhlas tak akan pernah hilang. Ia hidup dalam perubahan, dalam doa, dan dalam kehidupan mereka yang pernah dibantu.

Scroll to Top